PERJUANGAN MENDAPATKAN PENDIDIKAN MENGIKUT BUDAYA DI SABAH

PERJUANGAN MENDAPATKAN PENDIDIKAN MENGIKUT BUDAYA DI SABAH

Semasa melancong ke Sabah baru-baru ini, saya berpeluang untuk berkenalan dengan seorang Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau, George Arimput Embayan.  Dengan latar belakang pendidikan dan perjalanan hidup sehingga bergelar pensyarah, saya percaya ada pandangan dan idea berguna dari beliau yang wajar dikongsikan dan dijadikan panduan memajukan pendidikan terutamanya di Sabah.

Dilahirkan pada 1 Jun 1970, pensyarah dari Tambunan itu menamatkan pendidikan sekolah rendah di SK Patau Tambunan dan melanjutkan pendidikan sekolah menengah  di SMK Tambunan, seterusnya ke SMK Gunsanad Keningau untuk pendidikan Tingkatan Enam. George melanjutkan lagi pelajarannya di USM Minden Pulau Pinang dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Komunikasi dan Sains Politik.

George kemudiannya memasuki alam pekerjaan dengan menjadi guru sandaran di SMK Keningau dan selepas itu berkerja di beberapa syarikat swasta sebelum kembali mengikuti Kursus Pengajian Lanjutan Ijazah (Pengajian Inggeris) dalam program perguruan di Maktab Perguruan Keningau pada 2005.

Beliau pernah mengajar sebagai guru Bahasa Inggeris di SK Binakaan Sook dan SK Jaya Baru Keningau sebelum kembali bertugas sebagai pensyarah ke IPG Keningau pada 2012 sehinggalah sekarang. Bertugas sebagai Pensyarah Akademik TESL (Teaching English as a second Language) dan Bahasa Kadazandusun (BKD), beliau kini memegang jawatan Ketua Unit dan Penyelaras BKD IPG Keningau.

Dalam tempoh itu, George sendiri sebenarnya tidak pernah berhenti belajar dan berjaya mendapat kelulusan Master in Education Management dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2010.

George Arimput Embayan

“Banyak cabaran untuk berjaya dalam pendidikan terutama keadaan persekitaran seperti di zaman saya di mana kemudahan dalam dan luar bangunan sekolah tidak di tahap terbaik.

“Akses kepada sistem pembelajaran yang baik juga sukar menyebabkan ramai yang tercicir walaupun kesedaran tentang kepentingan pendidikan adalah tinggi di kalangan kami ketika itu.

“Ketiadaan bekalan elektrik, air bersih, jalanraya dan sistem pemakanan yang betul juga antara penghalang untuk mendapatkan pendidikan. Ini cerita 30-40 tahun lalu. Saya sedih kerana keadaan ini masih berlaku di Sabah sekarang terutama di kawasan pedalaman,” katanya.

“Apapun, kesukaran itulah juga yang yang menjadi pendorong saya berusaha gigih di samping persaingan antara keluarga-keluarga di kampung yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya,” kata anak kelapan dari 10 adik beradik itu.

Melihat situasi masa kini, beliau berkata, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan pendidikan di negeri ini dan ia perlukan komitmen banyak pihak.

“Sistem pendidikan Sabah perlu diatur ikut budaya dan cara orang Sabah. Pada masa ini, sistem pendidikan kita banyak dipengaruhi oleh keadaan yang berlaku di Semenanjung Malaysia.

“Pengukuran dan penilaian pendidikan di Sabah mungkin tidak patut disamatarafkan dengan Semenanjung kerana prasarana dan akses serta cara kita berfikir agak berlainan berbanding mereka.

“Dalam hal-hal ini, para pemimpin politik yang ikhlas adalah antara pemain utama yang Sabah perlukan bagi memperjuangkan pendidikan anak-anak Sabah.

Datuk Seri Panglima Wilfred (Madius Tangau) adalah antara yang saya lihat berjuang untuk ini….bukan hanya sekarang tetapi sebelum beliau menjadi Menteri Persekutuan (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) lagi,” kata George.

Antara perjuangan ketara Madius katanya adalah mendapatkan bantuan kewangan untuk sekolah Mission, memperjuangkan matapelajaran Bible Knowledge, memastikan subjek Bahasa Kadazandusun dimasukkan dalam silibus persekolahan dan berkerja keras memastikan anak-anak tempatan tidak dinafikan hak dalam pendidikan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB DSP Wilfred Madius Tangau, Pemimpin Tuaran dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

 

Menurutnya, Madius meneruskan kepimpinan mantan presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok dan parti secara keseluruhan menjadi antara penyumbang utama membantu meringankan beban kewangan seramai 37 siswa guru BKD IPG Keningau semasa Jelajah Pendidikan mereka ke Taiwan pada 4-8 Disember lalu.

Beliau berkata, ianya sangat membanggakan bila mana ada Wakil Rakyat seperti Madius yang benar-benar prihatin dan memainkan peranan dalam merealisasikan impian komuniti setempat dan rakyat keseluruhannya. .

Selain membantu komuniti tempatan dari segi pendidikan, Madius turut memberi peluang kepada komuniti akar umbi untuk membangunkan produk inovasi mereka dengan pemberian geran pembangunan melalui program “Mainstreaming Grassroots Innovation“.

Geran ini diuruskan oleh Yayasan Inovasi Malaysia, yang juga merupakan sebuah agensi di bawah kementerian beliau. Dengan bantuan YIM, Puan Asmawati, seorang inovator Tamparuli turut diberi peluang menyandang jawatan “Duta Inovasi Akar Umbi” untuk tahun 2017 dan 2018.

George berkata, pengalaman melihat cara hidup dan pengaturan sistem kehidupan semasa Jelajah Pendidikan di luar negara itu telah membuka mata dan minda mereka.

Beliau percaya sistem kehidupan yang lebih baik ditempat orang telah membentuk satu aspirasi baru dalam usaha mereka memperbaiki kehidupan sendiri, keluarga dan komuniti mereka.

“Saya percaya sokongan Madius adalah berlandaskan kepada prinsip kepercayaannya bahawa pelajar bukan sahaja didedahkan kepada matapelajaran kehidupan setempat tetapi pengalaman melihat negara luar yang lebih bertamadun merupakan satu pelaburan yang akan memberi impak besar terhadap motivasi, cara berfikir dan juga semangat pelajar dalam mengubah nasib diri, keluarga, komuniti dan negeri Sabah amnya suatu masa nanti.

“Peranan dan penglibatan wakil rakyat seperti inilah yang kita banggakan. Kita perlukan lebih ramai pemimpin sepertinya,” katanya

Mengenai sistem pendidikan Malaysia, George berkata, ianya ditambahbaik setiap tahun tetapi pada masa yang sama menjadi sangat komplikated. Bebanan tugas guru menjadi semakin berat menyebabkan guru mengalami ‘burnt out’.

“Kerajaan mungkin perlu buat `benchmarking’ terhadap sistem pendidikan luar seperti Finland, Jepun atau Singapura yang lebih menekankan pengetahuan, kemahiran dan aplikasi. Kita masih lagi dihantui belajar dengan terlalu berfokuskan kertas soalan peperiksaan,” katanya.

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *