KIONSOM INSIGHTS 005

KIONSOM INSIGHTS 005

ANGKA…. dalam PRU14 ini, semua pun yakin. Perlu jua inovasi. Time will tell

BUDDY: My brother, macam penat betul ko. PRU14 punya angkaralah kan?

MINNIE Ya bah. Mau kupi kupi sama-sama pun susah. Sedih oh.

IBOT: Kounsikou lah. Concern juga pula korang sama saya kan? Actually, kesibukan itu akan selalu ada. Dari kita saja baitu, how we atur our time, kehidupan kita. Pun demikian, ya, saya pun sedikit terbawa-bawa arus dan excitement sejak Parlimen dibubarkan pada 7 April.

MINNIE: Ya bah. Kawan-kawan di pejabat pun tetiba arif pasal politik. Si anu menang lah, si anu tidak patut tanding lah…. macam-macam lah.

BUDDY: Semalam, budak-budak di kampung saya riuh. Dorang kumpul-kumpul dan merancang parti mana yang dorang mau approach. Dorang mau kontrak pasang bendera dan poster…. Bila saya tanya, siapa dorang sokong atau mau undi, hampir serentak dorang jawab: Siapa siapa saja.

IBOT: Inilah yang menyedihkan. Seharusnya, para pengundi sudah lama membuat keputusan siapa yang mereka akan undi. Kalau tunggu masa kempen baru mahu decide, adeiiii, something wrong somewhere.

MINNIE: Kenapa salah?

IBOT: Yalah. How can we choose a government based on information we obtain during the campaign period?

BUDDY: Betul juga. Track record patut jadi ukuran. Bukan cakap-cakap masa kempen sahaja.

MINNIE: Yang saya dengar, sentimen pun factor yang boleh mempengaruhi siapa kita undi…. macam masa Berjaya mengalahkan USNO, dan PBS menewaskan Berjaya.

IBOT: Ya, sentimen memang elemen yang cukup penting dalam PRU. Cuma, bagi saya, masa hadapan negara perlu ditentukan berlandaskan fakta dan track record.

MINNIE: Jadi bagi ko Ibot, semua patut undi Barisan Nasional kan?

BUDDY: Brother kita ini memang BN bah….

IBOT: Don’t get me wrong. Walau saya ini BN, tetapi saya hormat hak setiap individu. Sudah cukup lama saya dalam politik; sejak 2001. Sebelum itu, wartawan. My point is, I think I have more than enough knowledge, cukup banyak fakta dan to me, BN is still the best. Not perfect tapi jauh lebih baik berbanding opsyen lain.

MINNIE: Jadi kalau saya undi pembangkang, OK juga lah?

IBOT: Saya minum kopi kaw kaw kerana, bukan sahaja saya ini a coffee person, tapi sudah terbukti ia akan bantu saya untuk tidak mengantuk. Kalau mahu terus berjaga, minum lah kupi, jangan minum susu atau air sahaja….

BUDDY: Uinaaaa…. mengayat ko bro.

MINNIE: Rasanya, macam aramai ini PRU kan…. banyak betul pembangkang. Bikin pening pun ada.

BUDDY: Makanya, Ibot bilang pilih ikut track record, bukan sentimen…..

IBOT: Bagi saya, undi BN ertinya menyokong Dato Najib jadi Perdana Menteri. Undi pembangkang ialah mengundi Tun Mahathir yang berumur 93 tahun kembali jadi PM. Adeiiii, 22 tahun sebagai PM, cukup cukup lah itu. Dato Najib baru 65 ohhh.

(Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau akan memimpin UPKO-BN dalam PRU pada 9 Mei nanti. Mohon iringan doa).



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *